Jika anda bercadang untuk menghias kembali ruang tamu anda, apakah 10 item/aksesori yang perlu ada didalam ruang tamu tersebut? Sesetengah item/aksesori di bawah termasuk di dalam senarai wajib tidak kira bagaimana gaya atau pun rekaan ruang tamu tersebut. Bagi kami 10 aksesori tersebut adalah

1. Tumbuhan atau pokok

Tumbuhan semulajadi yang segar adalah satu elemen asas yang setiap ruang tamu perlu ada. Tumbuh tumbuhan sangat versatile dan kelihatan hebat di dalam setiap jenis hiasan ataupun gaya. Anda hanya perlu memilih tumbuhan yang sesuai untuk ruang tamu anda.

2. Permaidani

Sebuah permaidani dengan tekstur yang lembut dan selesa menjadikan sesebuah ruang tamu tampak menarik dan anda pastinya mahukannya untuk ruang tamu anda.

3. Sentuhan peribadi

Untuk sedikit sentuhan peribadi, gambar keluarga di masukkan untuk mewujudkan perasaan tenang dan nyaman. Tanpa butiran yang terperinci sebegini, ruang tamu kelihatan tidak bernyawa dan kurang mesra.

4. Meja kopi

Walaupun meja kopi adalah elemen tambahan dan bukannya aksesori yang penting tetapi ia melengkapkan sebuah ruang tamu untuk kelihatan sempurna dan tidak kelihatan kosong.

5. Langsir/tirai

Langsir dan tirai memberi karakter terhadap ruang tamu anda. Di kawasan ini anda boleh bereksprimentasi dengan warna warna yang terang dan corak yang berani. Pilih gaya yang mampu menarik pandangan anda dan tetamu.

6. Lilin

Jika anda seorang yang kurang romantik, apa salahnya menggunakan lilin untuk menghias ruang tamu anda. Pengunaan lilin membuatkan ruang tamu lebih selesa dan berjiwa. Anda boleh meletakkan lilin samaada di meja kopi ataupun side table.

7. Tray/Dulang

Aksesori yang jarang dipandang. Anda sebenarnya boleh letakkan ia di atas meja kopi sebagai tempat simpanan alatan seperti alat kawalan jauh TV, majalah kegemaran dan lain lain.

8. TV

Tidak semua orang sependapat bahawa TV adalah aksesori yang perlu ada di ruang tamu. Kalaupun anda seorang yang tidak suka menonton TV tetapi mungkin tetamu anda sebaliknya. Tambahan pula kebanyakkan TV yang terdapat di pasaran sekarang dilengkapi dengan fungsi pintar dan anda ataupun tetamu boleh menggunakannya untuk perkara perkara lain selain dari menonton TV.

9. Bantal/Kusyen

Sentiasa mempunyai bantal/kusyen di ruang tamu. Walaupun sofa anda sudah memadai sesetengah tetamu mungkim memerlukan sokongan bantal/kusyen tambahan seperti kanak kanak.

10. Selimut kecil

Selimut kecil untuk keselesaan di sofa untuk menonton filem kegemaran anda bersama keluarga. Pastikan aksesori ini berada di ruang tamu anda di saat saat ia diperlukan.

Divi WordPress Theme