Masalah dapur terhad atau dengan kata lain, dapur sempit menjadi isu utama kepada pemilik apartmen. Seringkali terjadi perubahan atau proses renovasi yang dilakukan tidak menepati kehendak pemiliknya; yakni tidak memberi keselesaan ketika melakukan aktiviti memasak dan menghidang makanan. Ramai di antara pemilik yang mengambil keputusan meluaskan ruang dapur dengan menutup ruang dapur basah dan ruang dapur berkongsi dapur basah dan dapur kering. Sewajarnya sebagai pereka yang dipertanggungjawabkan untuk menghasilkan ruang dapur yang selesa dan praktikal untuk pemiliknya perlu mengambil kira setiap inci ruang biarpun pelan lantai yang terhad dan sempit bukan halangan utama. Kami kongsikan tip dengan menyediakan panduan buat pemilik kediaman mengatasi masalah dapur sempit.

1. Tentukan saiz dapur

Tentukan lokasi dan keluasan ruang dapur anda. Pastikan pelan lantai dapur selari dengan konsep pilihan. Sekiranya anda ingin mewujudkan breakfast table yang berfungsi sebagai sempadan ke ruang yang lain, wujudkan dapur reka bentuk ‘U; untuk keselesaan anda, selain memudahkan aliran trafik di ruang dapur.

2. Lokasi sinki

Jika keluasan dapur anda bersaiz kurang lapan kaki persegi, tempatkan binaan sinki di ruang dapur basah agar tidak mewujudkan ruang yang sesak dan terlalu sarat.

3. Bajet perbelanjaan

Lihat peruntukan bajet anda sebelum melakukan sebarang proses renovasi. Ini kerana peruntukan bajet mengikut kemampuan akan menentukan jenis material dan reka bentuk kabinet yang akan dihasilkan oleh pereka.

4. Peralatan dapur

Tentukan peralatan dapur yang akan digunakan untuk aktviti memasak. Elakkan ‘ducting’ (sistem saliran) di bahagian atas kabinet kerana melibatkan kos penyelenggaraan yang tinggi. Selain itu, penggunaan chimney juga melibatkan kos yang tinggi, terutama dalam proses penyelenggaraan ketika rosak.

5. Slim cooker hood

Sebaiknya gunakan slim cooker hud untuk aplikasi ruang dapur yang lebih selesa terutama untuk mereka bentuk kabinet atas yang lebih menarik.

6. Warna dan tona dapur

Pastikan anda membuat pilihan warna dengan meneliti konsep keseluruhan ruang kediaman. Jika ruang dapur anda terhad, elakkkan penggunaan warna gelap yang boleh menjadikan ruang lebih kecil.

7. Aksesori dan kabinet

Faktor pemilihan sistem di dapur dan aksesori perlu diberi perhatian. Sebaiknya wujudkan sistem plate shelve dalam rekaan built in kabinet agar peralatan dapur dapat disimpan dengan lebih kemas dan teratur. Selain itu, rekaan ini juga dapat mengelakkan habuk, debu dan serangga.

8. Sistem pull out basket

Aplikasi pull-out basket dan soft close hinges juga praktikal untuk memastikan ruang dapur anda sentiasa kelihatan bersih, kemas dan teratur.

9. Material kabinet dapur

Pilih material yang berkualiti untuk memastikan rekaan kabinet dapur tahan lama dan tahan lasak. Material aluminium adalah pilihan material terbaik untuk aktiviti lasak di dapur.

Sumber dan kredit : http://www.impiana.my

Divi WordPress Theme