Penggunaan element tropika moden untuk rumah ini dengan susunan yang kemas dan selesa umpana lobi hotel yang moden. Element kayu yang minima di tambah elemen kayu tona gelap memberikan impak kontra kepada ruang. Elemen sofa yang bercampur design, warna dan bentuk memberi impak lembut, ceria dan menarik.

Kaca berwarna hitam pada dinding ruang makan untuk memberi impak berkilau dan seperti cermin. Elemen cermin selain menaik taraf ruang tampak lebih exclusive ia juga membuat ruang tampak lebih luas. Element ceiling yang di reka ringkas seimbang dengan elemen dinding dan perabot yang agak penuh dan berat.

Secara keseluruhan elemen utama yang menjadi tarikan adalah kemasan dinding serta pemisah ruang di bahagian tangga. Kami menggunakan kemasan menggunakan ‘veneer’ untuk mendapatkan impak kayu dengan menggunakan tona natural. Kami tambah element tiang-tiang besi berwarna hitam yang bertindak sebagai ‘railing’ tangga. Elemen pemisah ruang atau ‘divider’ kami buat bentuk ‘arch’ yang kami campur dengan ‘planter box’ dan ditambah pokok tiruan. Elemen pokok yang hijau membantu menaikkan seri ruang. Pokok tiruan adalah alternative yang baik untuk pemilik ruang kerana kurang kerja penyelenggaraan.

Ruang tidur masih menggunakan aplikasi elemen sama dengan ruang tamu cuma campuran warna berbeza sedikit untuk mewujudkan suasana yang redup dan romantik.

Seperti senireka bilik hotel kami yang mengaplikasi elemen belakang katil atau ‘bed head’ yang tetap. Kami menggunakan elemen kayu ‘veneer’  berwarna lembut dicampur dengan corak potongan serong. Ruang tidur ditambah ruang menulis dan bekerja beserta almari buku menggunakan laminate berwarna kelabu lembut.

Langsir menggunakan warna coklat gelap untuk memberi impak kontra kepada ruang. Campuran warna kelabu atau silver memberi impak moden kepada ruang tidur ni.

Cabinet tv diletakkan dibelakang almari baju. Panel kayu veneer kami gunakan sebagai kemasan. Selain bertindak sebagai tv cabinet ia juga bertindak sebagai dinding pemisah diantara ruang tidur dan ruang penyimpanan baju. Elemen pemisah ini membantu menyumbunyikan pintu tandas dari mengadap terus ruang tidur.

Dinding kami gunakan cat polos warna kelabu. Cat yang ringkas kami guna untuk seimbangkan elemen kayu yang agak berat.

Keseimbangan elemen senireka dan warna amat penting dititik beratkan untuk menghasilkan ruang yang tampak harmoni.

Divi WordPress Theme
Share14
Tweet
Pin
14 Shares