Untuk proposal kali ni kami memasukkan elemen tropika moden ke dalam ruang tamu pelanggan. Atas permintaan pelanggan yang tidak mahu rumah kelihatan berlebihan dalam rekabentuk kami memasukkan elemen yang minima dalam masa yang sama kami memasukkan elemen ‘welcoming & cozy’ seperti hotel moden ke ruang ini.

Ruang tamu ini direka agar tampak seperti berada di louge hotel. Amat selesa dan teratur. Elemen kayu yang minima kami masukkan pada frame kayu di dinding dicampur elemen batu-bata warna putih membuatkan dinding yang mengadap pintu utama tampak bergaya.

Warna kelabu kami gunakan pada warna cat dinding bagi melahirkan kesan kontra.

Reka bentuk plaster ceiling yang memanjang digunakan untuk menampakkan ruang tamu tampak besar. Kami tidak meletakkan televisyen di ruang ini untuk memastikan kekemasan dan mudah diselengara selepas diduduki. Pemilik ruang ini bertuah kerana mempunyai ruang lain yang dapat dijadikan ruang menonton televisyen untuk keluarga.

Elemen arch ditambah pintu kaca lipat ditambah sebagai pembahagi ruang di Antara ruang tamu dan ruang makan.

Elemen pintu lipat digunakan sebagai alternative untuk pelanggan agar dapat memaksimakan pemggunaan ruang sekiranya mengadakan majlis kenduri atau keraian.

 

 

Divi WordPress Theme
Share28
Tweet
Pin1
29 Shares