+603 6141 0964 | +6011 3358 0417 | +6010 453 5253 | +6010 453 2020 admin@dyaplanner.com

Berikut kami senaraikan 12 kesilapan umum yang perlu dielakkan dalam mendekorasi kediaman anda. Kadang kala kami pun terlepas pandang perkara ini.

1.Mengecat dinding dahulu sebelum memilih perabot

Ini adalah satu kesilapan yang sangat umum. Kita sering terbawa-bawa dan membuat keputusan pada palet warna tertentu tanpa mengambil kira semua butiran. Anda harus mengelak daripada mengecat dinding dan kemudian memilih perabot untuk sebab-sebab yang sangat mudah: Terdapat banyak ton warna untuk dipilih daripada katalog cat tetapi tidak begitu banyak apabila ia datang kepada perabot dan aksesori. Sebaik baiknya rancang perabot dan aksesori dahulu kemudiannya barulah memilih warna untuk cat.

2.Perabot dan aksesori yang tidak berkadaran dengan ruang

Saiz adalah penting dan anda perlukan masa untuk memilih perabot atau aksesori yang bersesuaian dengan ruang anda. Anda tidak mahu bilik ataupun ruang tamu anda kelihatan kecil dan kosong. Jadi sentiasa ingat tips ini ketika berkunjung ke kedai perabot. Sofa A mungkin kelihatan cantik di ruang galeri tetapi ia mungkin terlalu besar untuk ruang tamu anda.

3.Tidak menguji warna sebelum mengecat

Salah satu kesilapan terbesar dalam mengecat dinding adalah dengan tidak menguji warna tersebut dahulu sebelum mengecat keseluruhan dinding. Cat dahulu sebahagian kecil kawasan dan kemudian buat keputusan samada warna tersebut sesuai ataupun tidak. Anda perlu juga mengambil kira kesan pencahayaan kepada warna tersebut. Anda perlu lihat kesan warna tersebut hasil dari cahaya semulajadi dan cahaya buatan sebelum membuat keputusan.

4.Memilih rupa dari keselesaan dan fungsi

Sebelum anda membeli sesuatu seperti sofa, meja atau lampu anda perlu mengambil kira perkara seperti fungsi dan keselesaan. Ambil masa sebentar untuk menguji sofa yang anda pilih betul betul selesa ataupun lampu meja yang anda beli untuk sudut bacaan sesuai dengan fungsi sudut tersebut.

5.Sofa rapat ke dinding

Ini adalah satu kesilapan yang biasa dan kita semua kadang kala melakukannya tanpa disedari. Dengan menolak semua perabot rapat ke dinding anda membuat ruang tersebut kelihatan seperti lorong dan ruang kosong yang ditinggalkan kelihatan bosan dan mati. Kesilapan ini sering terjadi di ruang tamu.

6.Kurang sumber cahaya

Mencari keseimbangan dalam pencahayaan adalah perkara yang penting namun sangat sukar untuk mencapainya. Anda kadangkala menggunakan terlampau banyak sumber cahaya buatan ataupun terlampau sedikit untuk sesebuah bilik. Anda boleh menggunakan dimmer untuk menyelesaikan isu ini ataupun accent lighting dan task lighting.

7.Sesak dengan telampau banyak barangan

Kita sering membuat kesilapan dengan meletakkan sofa dan aksesori yang telampau banyak dalam usaha untuk menjadikan ruang tersebut selesa dan mengambarkan personaliti kita. Namun hasil akhirnya bertentangan dengan objektif asal. Ruang yang kelihatan sesak dan berserabut tidak selesa untuk dipandang dan less appealing. Cukuplah sekadar memasukkan elemen asas dan sedikit aksesori.

8.Kerusi meja makan yang tidak selesa

Keselesaan di meja makan. Jelas sekali, ini bermakna anda perlu memilih kerusi makan anda dengan teliti. Pastikan kerusi makan, armrests, backrests tersebut selesa serta saiz dan bentuknya sesuai dengan ruang makan anda. Jika anda tidak mahu menggantikan set kerusi keseluruhan anda, anda hanya boleh menambah beberapa kusyen kerusi baru ataupun covers/penutup.

9.Permaidani yang tidak berkadaran

Jika permaidani/carpet anda terlalu kecil ataupun besar untuk sesebuah ruang, ia sedikit sebanyak mencacatkan pandangan. Kita perlu mengambil kira proportion/perkadaran bergantung kepada fungsi bilik dan susun atur ruang. Satu tips adalah dengan mengukur dahulu ruang tersebut sebelum anda membeli ataupun menempah permaidani.

10.Menggantung gambar atau lukisan terlalu tinggi

Satu kesilapan biasa dalam menghias. Kita cenderung untuk menggantung karya seni/lukisan/gambar terlalu tinggi di dinding, terlupa bahawa kita sebenarnya perlu berasa selesa melihat hasil seni tersebut. Gantung gambar ataupun lukisan anda pada paras mata. kebiasaanya 5′ (60 inci) dari lantai.

11.Tidak memasang langsir atau tirai

Katakan anda tidak mahu menutup tingkap dan anda lebih suka membiarkan cahaya matahari masuk kedalam bilik. Ini tidak bermakna anda perlu mengabaikan tingkap yang terdedah tanpa langsir ataupun tirai. Hiasan untuk jendela dan tingkap adalah elemen penting. Ia membuatkan bilik ataupun ruang anda kelihatan lengkap dan juga menambahkan tekstur dan warna ke dalam kediaman anda.

12. Wayar yang berselerak

Tidak ada sesiapun yang suka melihat wayar yang berselirat di bawah meja ataupun di belakang tv. Susun atur wayar anda atau sembunyikannya dari pandangan. Jangan biarkan ia berselerak dan hanya mengumpul debu.

Divi WordPress Theme