+603 6141 0964 | +6011 3358 0417 | +6010 453 5253 | +6010 453 2020 admin@dyaplanner.com

Ingin memberikan bilik tidur utama anda gaya baru dan segar? Berita baiknya, anda hanya memerlukan pengubahsuaian yang minimum untuk menjadikan bilik tidur utama anda kelihatan menarik. Disini kami berkongsi 6 tips untuk menyegarkan kembali kamar tidur anda.

1. Cipta titik tumpuan dengan padded headboard.

Pasang padded headboard yang tinggi sebagai ganti kepala katil anda. Bukan sahaja ia selesa untuk bersandar sambil membaca, menonton TV atau sambil menikmati kopi, ia juga menambah ketinggian ruang dan mencetus elemen dramatik ke ruang kamar bilik tidur anda.

2. Permaidani yang tebal

Jika ada satu bilik di rumah yang perlu mempunyai permaidani tebal, ia semestinya ditempatkan di bilik tidur utama. Selain membantu menyerap bunyi, ia juga memastikan bilik tidur utama selesa, cozy dan lembut untuk kita berjalan di atasnya.

3. Ottoman

Tambahkan Ottoman ataupun bench yang mempunyai ruang simpanan di kaki katil utama anda. Sangat praktikal untuk anda meletak dan menyimpan barang barang seperti alat kawalan jauh TV, tuala, selimut dan ia juga kelihatan bergaya.

4. Bidai atau langsir.

Bidai atau langsir? Cahaya semula jadi cenderung untuk menjadi berkurangan jika anda mempunyai tingkap kecil. Jadi sesuaikan samada anda mahu menggunakan bidai ataupun langsir untuk rawatan tingkap bilik tidur utama anda. Anda tidak mahu mempunyai bilik tidur utama yang kurang pencahayaan semulajadi dan kelihatan suram. Pilih warna dan tona yang seragam dengan warna dinding bilik tidur anda.

5. Lampu yang pelbagai.

Lampu di bilik tidur utama berfungsi lebih dari sekadar menerangi kamar tidur anda. Anda perlukan cahaya tambahan sekiranya anda gemar membaca contohnya. Pilih lampu yang mempunyai dimmer dan pastikan lokasi suis untuk mengawal lampu dirancang dengan teliti supaya anda tidak perlu meninggalkan katil untuk membuka atau menutupnya.

 

Divi WordPress Theme