+603 6141 0964 | +6011 3358 0417 | +6010 453 5253 | +6010 453 2020 admin@dyaplanner.com

Sangat sukar untuk mencari pilihan material untuk counter top dengan adanya pelbagai pilihan di pasaran sekarang ini. Di bawah disenaraikan material popular sebagai panduan untuk anda memilih material counter top anda.

1. Granit

Granit mungkin menghadapi persaingan dari material baru lain yang muncul dipasaran tetapi populariti granit sebagai pilihan coutner top tidak perlu dipertikai. Granit adalah hasil dari batuan semulajadi yang amat cantik dan permukaan yang keras mempunyai corak alur semulajadi memberi sentuhan unik dan “wow” faktor untuk counter top anda. Mungkin kontra pemilihan granit disebabkan ia poros dan menyerap air. Sebarang lembapan ataupun kekotoran di permukaan granit perlu dibersihkan dengan segera.

2. Besi Stainless

Pemilihan besi stainless memberikan elemen modern industri kepada ruang anda. Material yang tahan kepada haba, kelembapan dan tidak menyerap/poros sebarang kekotoran dan bakteria/kuman/kulat. Anda akan menikmati permukaan yang bersih/bakteria free untuk penyediaan makanan asalkan anda mengamalkan tabiat kebersihan yang konsisten. Anda perlu berhati hati kerana permukaan ini mudah calar.

3. Quartz Stone

Salah satu material hasil dari batuan buatan(engineered stone). Material untuk pilihan kepada granit atas faktor harga. Permukaan yang mempunyai karektar seperti granit dengan pelbagai jenis corak dan warna. Tahan calar, haba, keras dan tidak poros seperti granit. Bukan hanya sesuai di dapur malah boleh digunakan di tandas atas faktor bakteria free. Jika Granit terlalu mahal bagi anda, kami cadangkan anda melihat pilihan bagi Quartz/Engineered stone.

4. Tempered Glass

Countertop dari kaca adalah permukaan paling menarik diantara kesemua pilihan material counter top. Anda boleh mencipta berbagai kesan dan warna semahunya tetapi gaya custom mungkin mahal sedikit. Secara tipikalnya, semakin tebal kaca tersebut maka semakin mahal harganya. Material yang kuat dan tahan kepada haba dan lembapan. Perlukan permbersihan yang konsisten kerana permukaan berkaca cenderung untuk meninggalkan kesan cap cari anda serta kesan calar dan retakan.

5. Konkrit

Counter top konkrit boleh menahan haba dan tidak mudah calar tetapi ia mesti diselenggara secara konsisten untuk mengelakkan kotoran dan kelembapan. Pemasangan counter top konkrit memerlukan masa yang lebih panjang atas sebab kerumitan pemasangannya. Walaupun material ini tidaklah mahal tetapi anda perlu bersedia dengan kos buruh yang sedikit mahal untuk pemasangannya.

6. Solid Surface

Material engineered stone yang sangat versatile.. Pilihan pelbagai corak dan warna yang tiada batasan. Material yang tidak sekeras Quartz kerana mudah tercalar. Tidak poros dan tidak menyerap air serta bakteria free. Permukaan yang tidak poros bermakna ia mudah diselenggara dan dibersihkan. Harga tidaklah  semahal seperti Quartz.

Divi WordPress Theme