+603 6141 0964 | +6011 3358 0417 | +6010 453 5253 | +6010 453 2020 admin@dyaplanner.com

Penggunaan feature wall dapat memberikan kediaman anda karektor dan ruang supaya kelihatan lebih cerah dan besar. Ia dapat menambahkan citarasa dan personaliti anda tanpa terlalu berlebih lebihan.

Matlamat utama penggunaan feature wall adalah untuk mencipta titik focal dalam sesebuah ruang. Ia akan menjadi titik perhatian dan tenaga untuk sesebuah ruangan/bilik jadi sememangnya memilih titik yang sempurna itu adalah penting.

Ruang kediaman yang sesuai untuk di implimentasikan penggunaan feature wall adalah di ruang tamu ataupun kamar tidur disebabkan kawasan tersebut adalah ruang multi fungsi dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Anda boleh bermula dengan memilih bahagian dinding yang dengan segera menarik perhatian anda apabila masuk ke dalam bilik/ruangan.

Elakkan mencipta feature wall dimana terdapat tingkap dan pintu kerana elemen ini akan mengalihkan fokus impak dari feature wall yang anda inginkan. Dinding yang kecil juga boleh dipertimbangkan untuk kerana kadang kala dinding yang besar akan tampak berlebihan.

Jika terdapat elemen architecture lain di dalam ruang tersebut seperti pendiang api, maka ini boleh menjadi pilihan terbaik anda untuk feature wall. Gunakan satu konsep yang akan mengetengahkan elemen yang sudah ada.

Cat adalah cara mudah untuk menyatakan “statement” dengan penggunaan warna yang terang dan berani tetapi jangan hadkan pilihan anda kepada warna yang terang sahaja. Penggunaan kertas dinding juga adalah pilihan yang baik. Pilih sesuatu yang kontemporari dengan pilihan corak yang berulang ataupun tekstur yang menarik.

Bagi anda yang berani, anda boleh cuba untuk membawa feature wall di luar permukaan dinding itu sendiri seperti pengunaan bidai kayu atau wainscoating/panel kayu yang memberi elemen semulajadi dan organik kedalam sesebuah ruang.

Pemilihan warna yang berbeza mampu untuk mmerubah dinamik dan mood mana mana ruang. Warna dan tona yang gelap akan mencipta kesan yang dramatik dan sangat sesuai untuk ruang peribadi manakala warna dari tona yang cerah akan memberi kesan ruang yang ceria dan luas.

Divi WordPress Theme