+603 6141 0964 | +6011 3358 0417 | +6010 453 5253 | +6010 453 2020 admin@dyaplanner.com

Ruang hotel biasanya menpunyai ruang terhad dan padat yang mana perlu menempatkan pelbagai fungsi dalam ruang tersebut selari dengan taraf hotel tertentu.

Antara ruang yang terlibat untuk ruang hotel kali ini adalah seperti berikut :-

  • Ruang tamu/ living area
  • Ruang tidur / bedroom area
  • Writing area
  • Wardrobe
  • Mini pantry area
  • Bathroom
  • Balcony

Ruang seperti ini boleh diadaptasi kepada ruang rumah seperti apartment dan ruang bilik yang luas.

Ruang tamu berciri ringkas dengan gabungan warna pastel cream digabung dengan element kayu dan langsir berwarna kelabu.

Perabot mengunakan rangka kayu digabungkan dengan element pvc berwarna putih. Selain mewujudkan perasaan harmoni ia juga membuatkan ruang tampak menarik.

Kemasan dinding mengunakan cat warna cream. Frame gambar di tambah untuk menaikkan seri ruang ini.

Kabinet pasang siap yang ada Cuma tv cabinet.

Ruang bilik juga menggunakan warna senada dengan ruang tamu.

Elemen padded dibelakang katil mengunakan pvc berwarna putih membuatkan ruang tidur ini tampak lembut, selesa dan eksklusif. Gabungan elemen kayu juga diterapkan di ruang ini sama seperti ruang tamu tadi.

Biasanya untuk hotel, elemen kepala katil dibuat pasang siap bersama laci di sebelah katil untuk memastikan kekemasan ruang sentiasa terletak ditempatnya. Elemen lampu meja selain membantu pencahayaan ruang ia juga membantu menampak seri ruang.

Element lukisan dinding ditambah kerana element belakang katil tidak penuh selain membuatkan ruang nampak lebih berseri.

Ruang bilik dilengkapi dengan meja tulis, ruang televisyen, almari baju dan ruang mini pantry yang menempatkan snek ringan serta ruang membuat air minuman.

Ruang bilik air adalah antara ruang penting untuk sesuatu ruang hotel dan rumah. Taraf sesebuat rumah dan hotel sebenarnya dicerminkan dari taraf bilik air dan kelengkapan yang ada.

Ruang bilik air ini dilengkapi dengan

  • water closet (wc) 1 piece
  • vanity
  • shower screen
  • hot shower area
  • bath tub
  • rak
  • hook
  • hook

Konsep minimalis tropika ruang hotel yang kami paparkan ini adalah sangat praktikal untuk diadaptasi ke dalam ruang rumah kerana warnanya yang yang ringkas dan tidak keterlaluan.

Konsep ini walaupun ringkas tetapi masih tampak exclusive jika susunan ruangnya dan aplikasi elemen design diletak dengan betul.

 

Divi WordPress Theme